ARAU 5 Jan. – Setiap peringkat kepimpinan organisasi di dalam persatuan pengakap hendaklah bersedia menerima dan melaksanakan anjakan dan transformasi di dalam persatuan tersebut seiring perubahan masa. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mereka perlu mencari inisiatif, alternatif dan usaha yang baharu untuk menjayakan segala fungsi serta peranan masing-masing. “Di permulaan tahun seperti ini, semua kepimpinan harus memberikan fokus dan tumpuan terhadap segala bentuk perancangan terbaik pengakap…










