WASHINGTON 23 Jan. – Dua lagi dron dikesan berhampiran kawasan lapangan terbang sehingga memaksa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di New Jersey terpaksa digantung seketika, semalam.
BBC melaporkan, seorang juruterbang memaklumkan terdapat pusat kawalan trafik udara terdapat satu dron yang berada dalam jarak sembilan meter daripada pesawatnya.
Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima dua laporan daripada penerbangan masuk ke Newark yang ternampak dron terbang pada ketinggian kira-kira 1,067 meter di atas Lapangan Terbang Teterboro pada kira-kira pukul 5 petang.
Penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Newark yang merupakan lapangan terbang yang ke-11 tersibuk di Amerika Syarikat (AS) juga terpaksa digantung sebagai langkah berjaga-jaga. -AGENSI










