Penemuan dua mayat putus jari kaki disiasat - Utusan Malaysia

Penemuan dua mayat putus jari kaki disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Siasatan lanjut berhubung penemuan mayat dua lelaki warga asing yang ditemui dalam keadaan jari kaki putus di dua lokasi berasingan semalam sedang giat dilakukan oleh pihak polis.

Mayat kedua-dua lelaki berkenaan yang masing-masing ditemui di jalan utama Ulu Yam menghala ke Batu Caves dan di bawah jejambat di Jalan Yew dekat sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan berhubung penemuan kedua-dua mayat berkenaan sedang dilakukan pihaknya.

“Buat ketika ini punca kejadian masih belum dapat dipastikan dan hubungan di antara kedua-dua mangsa juga sedang disiasat.

“Kita masih meneliti kaitan kedua-dua penemuan mayat tersebut dan biar polis jalankan siasatan dahulu,” katanya pada pemberita ketika ditemui di Bukit Aman di sini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Kuala Lumpur bagi mengesan suspek dan mengenal pasti punca kejadian

Kosmo! Online semalam melaporkan tentang penemuan dua mayat lelaki warga asing yang ditemui oleh orang awam sekita pukul 8 pagi semalam.

Pemeriksaan forensik pada mayat lelaki yang ditemui di Ulu Yam menemui dua kecederaan pada mangsa iaitu dua jari kaki kanan dan satu jari kaki kirinya telah dipotong.

Manakala mayat kedua yang ditemui di bawah jejambat di Jalan Yew mendapati jari telunjuk kaki kanan mangsa telah putus selain terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan serta mata kiri dan rusuk kirinya juga didapati lebam. – K! ONLINE

Mayat yang dijumpai di bawah jejambat di Jalan Yew semalam.
Mayat yang dijumpai di bawah jejambat di Jalan Yew semalam.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×