RANTAU PANJANG – Penduduk di sekitar Kampung Bagus di sini hari ini digemparkan dengan bunyi tiga das tembak yang dilepaskan individu tidak dikenali di kawasan berkenaan. Bunyi tembakan tersebut didengari oleh penduduk kira-kira pukul 9.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut telah dijalankan di lokasi yang dilaporkan tersebut. “Pihak polis yang berada di lokasi kejadian menemui tiga kelongsong peluru. Setakat ini kita sedang menyiasat motif kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya