ACEH 27 Jan. – Penduduk di perkampungan Tanjong Meunye di Aceh Utara masih takut untuk pulang ke rumah masing-masing biarpun limpahan lumpur akibat kerja-kerja penggalian perigi sudah reda. Hal ini kerana, penduduk kampung masih trauma sekiranya banjir lumpur berlaku sekali lagi dan mengancam nyawa mereka. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa sehari selepas insiden itu berlaku, air dalam perigi menjadi berbuih dan turut mendengar bunyi seperti guruh di dalam tanah.…










