SAUDARA PENGARANG,SAYA amat tertarik dengan tulisan Siti Soraya Lin Abdullah Kamal dalam akhbar ini baru-baru ini dan tulisan ini bukanlah untuk menjawab kepada apa yang telah beliau kemukakan mengenai pengamatan terhadap sistem pendidikan di United Kingdom (UK). Pada asasnya sistem pendidikan di UK diwujudkan tidak berdepan dengan masalah latar belakang bangsa, agama dan adat. Lagipun satu ketika dahulu ada dalam kalangan guru di Malaysia pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan…










