Pendaki terkandas di Gunung Batu Putih selamat - Utusan Malaysia

Pendaki terkandas di Gunung Batu Putih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seramai 16 pendaki yang terkandas di Gunung Batu Putih di Batu 7, Kuala Woh di sini selepas salah seorang daripada mereka mengalami patah kaki ditemui selamat petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Intan Baizura Ramli, 38, berasal dari Rawang, Selangor, dipercayai mengalami patah kaki kiri dan dibawa ke Hospital Tapah menaiki helikopter untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kesemua pendaki tersebut merupakan ahli pendaki Bumi Hijau Hiking Club dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4 petang tadi sebelum melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tersebut.

“Hasil daripada operasi yang dibuat kita telah menemui kesemua pendaki dalam keadaan selamat, namun seorang daripada mereka cedera di kaki kiri dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Kesemua 15 lagi rakannya kini sedang turun berjalan kaki dari gunung tersebut ke Kuala Woh dan dijangka sampai pukul 1 pagi nanti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN