Pencuri dokumen pengeboman Brussels ditangkap - Utusan Malaysia

Pencuri dokumen pengeboman Brussels ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 9 Jan.- Kerajaan Belgium berjaya menangkap individu yang didakwa mencuri dokumen termasuk informasi autopsi mangsa insiden pengeboman Brussels yang mengorbankan 32 orang pada 2016.

Lelaki dikenali sebagai E.K.I yang ditangkap Sabtu lalu, sebelum ini pernah dipenjarakan lima tahun kerana terlibat dengan kumpulan pengganas.

Beliau dipercayai memecah masuk pejabat pakar perubatan pendakwa raya dan melarikan beberapa barang termasuk cakera keras yang menyimpan dokumen penting.

Suspek bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kesemua barang yang dilarikan masih belum ditemui.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN