Penculik tuntut tebusan mata wang kripto - Utusan Malaysia

Penculik tuntut tebusan mata wang kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO 9 Jan. – Isteri kepada orang kaya yang juga ahli perniagaan terkemuka Norway dilaporkan telah diculik dan keluarganya menerima tuntutan tebusan dalam bentuk mata wang kripto, kata polis hari ini.

Anne-Elisabeth Hagen, 68, isteri kepada pelabur hartanah, Tom Hagen, hilang pada 31 Oktober lalu, tetapi berita mengenai kehilangannya tidak pernah didedahkan dan polis menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada wanita itu masih hidup.

“Terdapat permintaan untuk tebusan, dan ancaman serius. Kita nasihatkan ahli keluarga wanita itu supaya tidak membuat sebarang bayaran tebusan,” kata jurucakap polis Inspektor Tommy Broeske.

Akhbar tabloid Verdens Gang yang memetik sumber sebagai berkata, tuntutan untuk tebusan itu bernilai 9 juta euro (RM42 juta) dalam bentuk mata wang kripto.

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai jumlah tuntutan berkenaan.

Majalah bisnes Kapital menganggarkan nilai bersih kekayaan Tom Hagen sekitar AS$200 juta (RM821 juta). – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN