KUALA LUMPUR 8 Jan. – MOODY’S Investors Service mungkin mempertimbangkan untuk menurunkan penarafan kedaulatan Malaysia sekiranya prospek fiskal atau beban hutang negara semakin meningkat. Malah menurut agensi penarafan antarabangsa itu, ia juga boleh menyebabkan tekanan penarafan yang lebih rendah jika ketegangan politik meningkat dan pandangan yang berbeza dalam kerajaan menjejaskan keberkesanan dasar dan keupayaan mematuhi objektif pengukuhan fiskal yang boleh mengancam kestabilan aliran modal ke negara ini. “Prospek stabil dalam…










