KUALA LUMPUR 7 Jan. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan notis penguatkuasaan kepada pemilik premis besi buruk di Jalan Chan Sow Lin, di sini kerana melonggokkan barang-barang perniagaan di bahu jalan raya tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan itu. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan sekiranya gagal mematuhi peraturan itu, pemilik akan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.…










