Pembantu tadbir kanan wanita direman enam hari - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir kanan wanita direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Jan. – Seorang pembantu tadbir kanan wanita sebuah pusat pemulihan akhlak ditahan reman selama enam hari sehinggga Sabtu ini selepas dipercayai membuat 94 tuntutan palsu bernilai lebih RM148,000.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah di sini hari ini.


Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Kota Bharu dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9.50 pagi.


Wanita itu kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pada pukul 10.30 pagi ke Pejabat SPRM negeri untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu.


Sebelum ini Utusan Online melaporkan, seorang pembantu tadbir kanan wanita berusia 39 tahun ditahan pada pukul 1.50 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini.


Suspek ditahan kerana dipercayai membuat 69 tuntutan palsu bagi rawatan perubatan untuk diri beliau, suami dan ayahnya yang dianggarkan bernilai lebih RM117,000 sedangkan rawatan tersebut tidak pernah dilakukan.


Wanita itu juga telah membuat 25 lagi tuntutan palsu bagi pembelian ubat dan satu tuntutan palsu pembelian alatan ortopedik yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000, sedangan pembelian tersebut tidak pernah dibuat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×