KLANG – Kegembiraan dua sahabat karib memancing ikan berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas selepas bot yang dinaiki karam dipukul ombak dalam kejadian berhampiran Stesen Janakuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kapar di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, Syed Noor Masadi, 51, meninggal dunia selepas lemas di laut manakala rakannya, Amir Hamzah Mohd. Jani, 55, yang merupakan pekerja Kontena Nasional Berhad selamat selepas berpaut pada sebuah tong minyak.
Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Sungai Sembilang, Jeram keluar memancing pada pukul 3 pagi dari pangkalan pantai Remis.
Katanya, ketika dalam perjalanan pulang kira-kira pada pukul 11.30 pagi, bot fiber yang dinaiki terbalik sebelum karam selepas dipukul ombak.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










