SHAH ALAM 9 Jan. – Seorang pemain bola sepak Sarban FC lemas selepas mangsa turun ke Tasik Eco Ardence, di Setia Alam untuk mengambil bola, malam semalam. Khairul Anuar Hashim, 26, yang pada mulanya menawarkan diri kepada rakan-rakannya untuk berenang bagi mengambil bola itu, lemas ketika berada di tengah tasik. “Ketika dah nak sampai pada bola, Khairul tiba-tiba lemas, kami tidak mampu melakukan apa-apa, kami menjerit meminta pertolongan dan kemudian…










