KOTA BHARU 31 Jan. – Kegawatan ekonomi tidak menghalang sebuah syarikat pembangunan tanah Bumiputra, MyHartanah.my menjual 70 peratus daripada lebih 300 lot tanah banglo dalam tempoh tidak sampai satu tahun. Pengarah Urusan MyHartanah.my, Wan Mohd Syazwan Wan Sukri berkata, usaha pihaknya menjual tanah pada harga 50 peratus lebih murah daripada nilai pasaran sejak April tahun lalu telah memikat pembeli daripada pelbagai peringkat untuk memiliki tanah sendiri. Beliau berkata, pihaknya menggunakan…










