TEMERLOH 23 Jan. – Penyokong setia skuad Tok Gajah berpeluang menyaksikan aksi sulung dua penyerang import baharu pasukan itu menjelang perlawanan persahabatan pramusim menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), di sini malam ini. Penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme bersama gandingannya, Ze Love dari Brazil akan diturunkan pada perlawanan tersebut. Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, stadium tersebut dijangka dipenuhi oleh para penyokong yang ingin…










