BUTTERWORTH 7 Jan. – Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) menyasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) antara 80 sehingga RM1 sesaham menerusi langkah penyenaraiannya menjelang suku pertama tahun depan. Rangkaian restoran nasi kandar terkemuka itu berhasrat menyenaraikan syarikatnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia. Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen berkata, pihaknya berharap dapat mengumpul 30 peratus modal bagi tujuan pengembangan operasi syarikat khususnya untuk pembukaan restoran dan hotel baharu. Katanya,…










