Pelihara tutur kata - Utusan Malaysia

Pelihara tutur kata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
NAMPAKNYA
akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu kerap memainkan isu berkaitan raja-raja Melayu sehingga menyentuh sensitiviti institusi tertinggi dalam negara kita. Ada yang mula berani menegur institusi diraja secara terbuka dalam laman-laman sosial dan pelbagai saluran yang menjadi tumpuan netizen tanpa segan-silu.

Setiap kali berlaku penghinaan kepada institusi diraja dalam laman sosial, pelbagai cadangan diutarakan oleh rakyat yang prihatin antaranya menggubal undang-undang khas untuk memelihara kemuliaan raja berperlembagaan namun perkara itu lenyap apabila si pelaku yang menghina ditangkap, didakwa dan dihukum.

Menurut bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim, tidak perlu menggubal undang-undang baharu kerana institusi diraja sudah dilindungi Perlembagaan dan Akta Hasutan 1948 cuma memerlukan penguatkuasaan lebih tegas.

Apa-apa pun, rakyat harus sedar dan faham tentang undang-undang negara kita yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan.

Setiap tutur kata rakyat melibatkan institusi diraja perlu lebih berhati-hati dan menjaga tertib walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara.

DAULAT TUANKU

Tanah Merah, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN