KOTA KINABALU 8 Jan. – Seorang pelancong wanita warga China maut dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling bersama dua rakannya di pantai Pulau Mengalum, semalam. Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari, mangsa Chen Shao Ling, 26, dipercayai tersedak air dan dipukul ombak ketika sedang melakukan aktiviti tersebut berikutan keadaan laut berombak dan berangin. “Pemandu pelancong yang melihat kejadian itu segera menarik…









