BAKAT. Seramai 50 pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) menyertai Pameran Projek Kejuruteraan 2019 di universiti itu di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Pelajar yang mengambil bahagian mempamerkan bakat masing-masing dengan mencipta sebanyak 20 projek hingga menarik tontonan ramai.
Menurut pelajar, Muhd. Haikal Nor Hasrol, 19, langkah diambil oleh pihak universiti melaksanakan program tersebut amat bermakna kepada pelajarnya dalam menonjolkan bakat untuk ciptaan masing-masing.
Selain itu, program tersebut turut disertai oleh seramai 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani yang diketuai oleh Cikgu Mohamad Ibrahim.










