ALOR SETAR 7 Jan. – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, pelajar berusia 17 tahun yang masih tidak sedarkan diri itu turut patah kedua-dua belah paha, tulang di bahagian tengkuk dan luka pada bahagian dahi. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada pukul 7.04 pagi. Menurutnya, pelajar berkenaan memerlukan alat bantuan pernafasan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya