ALOR SETAR 9 Jan. – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, yang kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan sekolahnya kelmarin, meninggal dunia hari ini. Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata, mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pukul 1 pagi. “Mangsa mengalami kecederaan serius semasa dimasukkan ke ICU sehinggalah ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, pelajar berusia 17 tahun berkenaan patah kedua-dua belah paha,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya