PETALING JAYA 31 Jan. – Seorang pelajar kolej swasta dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi sosial Tinder tiga tahun lalu. Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mizan Qistina Razali, 24, yang hadir dengan ditemani kedua ibu bapanya selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mahkamah bagaimanapun membenarkan…










