SUNGAI PETANI 31 Jan. – Seorang pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani, maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 101.3 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Taman Ria Indah di sini, petang semalam. MOHD. ARIFF Dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Mohd. Ariff Aizudin Zainol, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa…










