TENGZHOU, China – Sebuah syarikat China mengundang kemarahan orang ramai apabila memaksa sekumpulan pekerja wanita merangkak di sebatang jalan raya sibuk di sini kerana gagal mencapai sasaran jualan tahunan.
Satu rakaman video menunjukkan kumpulan pekerja wanita itu melakukan aksi itu, dipimpin seorang penyelia lelaki yang berdiri tegak sambil memegang bendera syarikat produk kecantikan berkenaan.
Polis tiba di lokasi itu selepas menerima aduan orang ramai dan mengarahkan penyelia berkenaan untuk menghentikan hukuman. Lelaki itu diberikan amaran keras secara lisan.
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan telah mengarahkan syarikat itu menangguhkan operasi dan ‘bermuhasabah diri’ kerana sanggup menjatuhkan maruah pekerjanya.
Segelintir pengguna media sosial berpendapat hukuman itu sebagai gimik promosi untuk jenama produk itu disebabkan ada bendera besar dibawa penyelia berkenaan. – Agensi










