YANGON 4 Jan. – Kumpulan pejuang Rohingya, Tentera Arakan (AA) didakwa melancarkan serangan terhadap empat balai polis berdekatan sempadan Bangladesh, hari ini dan menahan sebanyak 14 ‘tahanan perang’ ketika serangan terbabit. Bagaimanapun, masih belum ada laporan berhubung angka korban melibatkan kedua-dua pihak dalam serangan sebelum waktu subuh itu. Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun berkata, serangan awal pagi itu berlaku di pekan Buthidaung, utara negeri Rakhine. “Kami boleh mengesahkan serangan terhadap empat balai polis dilakukan oleh AA. “Namun kami masih tiada maklumat berkaitan angka korban atau kecederaan,” katanya. Tambahnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya