RIYADH 3 Jan. – Peguam Negara Arab Saudi meminta mahkamah mengenakan hukuman mati terhadap lima daripada 11 suspek yang didakwa terlibat dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi ketika perbicaraan kes berprofil tinggi itu dijalankan di sini. Kesemua 11 tertuduh hadir bersama peguam mereka pada sesi pertama pendengaran terbuka mengenai dakwaan berkenaan hari ini, menurut satu kenyataan oleh Pejabat Peguam Negara yang dipetik Saudi Press Agency. Jamal, kolumnis Washington Post, didakwa dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Turki pada 2 Oktober lalu. Bagaimanapun, mayat Jamal masih belum ditemukan sehingga kini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya