KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam siasatan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di sebuah kawasan perkuburan di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis pada tahun 2015 akan dipanggil untuk memberikan keterangan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Ia susulan daripada kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu bahawa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya itu bagi menyiasat dengan lebih mendalam kes yang pernah menggemparkan negara…










