PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan membabitkan tiga pegawai kanannya.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut akan berkuatkuasa pada 18 Februari depan.

“Pertukaran didahuli dengan Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pangkalan Chepa, Kelantan, Deputi Superintendan Ramly Poncho kepada Pegawai Pemerintah Batalion 9, Bridged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kuala Terengganu, Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan.

“Sementara Penolong Pengarah Bekalan (Kepolisan Am/ Keselamatan), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Bukit Aman Deputi Superintendan W. Mustappa W. Ahmad akan bertukar ke Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Pulau Pinang dengan memangku pangkat Superintendan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.  

Menurut kenyataan tersebut, pertukaran terakhir melibatkan DSP (D9) Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah, Johor, Deputi Superintendan Hasan Basri Yahya kepada Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Melaka, juga dengan memangku pangkat Superintendan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×