KUALA LUMPUR 26 Jan. – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi amaran supaya jangan sama sekali memanjakan orang ramai yang meminta supaya menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan masing-masing. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kehendak tersebut tidak perlu dilayan kerana bilangan tong sampah sedia ada di beberapa kawasan seperti di perumahan, taman dan tempat awam sudah mencukupi. “Saya memang minta PBT-PBT jangan manjakan rakyat Malaysia yang minta…










