Pas turut bantah pelantikan Eric wakil Malaysia untuk hak asasi manusia - Utusan Malaysia

Pas turut bantah pelantikan Eric wakil Malaysia untuk hak asasi manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pas membantah sekeras-kerasnya pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021. 


Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, Eric tidak layak mewakili negara untuk bercakap mengenai hak asasi manusia kerana sering menghina Islam. 


“Apa motif sebenar YB (Yang Berhormat) Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah untuk melantik Eric Paulsen? Umum mengetahui, Pas dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membantah Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 


“ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa yang mahu diratifikasi oleh Menteri Luar walaupun ditolak sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, Pengarah Undang-undang Fortify Liberty, Eric Paulsen dilantik sebagai wakil negara ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 2019-2021.


Pemilihan Eric dibuat menerusi proses pemilihan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan secara khusus untuk meneliti dan menilai kesemua calon senarai pendek. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×