Pas tanpa had MY50 diperluas ke Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Pas tanpa had MY50 diperluas ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Program Pas Tanpa Had My50 bagi fasa kedua, akan diperluas kepada pengguna bas RapidPenang menjelang pertengahan kedua tahun ini sebelum ke negeri lain.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, beliau telah meminta Prasarana untuk kaji segera dan hasilkan cadangan.

Pas My50 yang diperkenal pada 1 Disember tahun lepas, membolehkan pelanggannya menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.

Turut dilancar bersama pas My50 ialah pas My100 yang membolehkan pelanggannya menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk MRT, LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Ditanya sama ada ia akan diperluas bagi perkhidmatan Rapid Ferry di Pulau Pinang, Antony Loke berkata, ia terserah kepada Prasarana untuk mengkaji kesesuaian dan mencadangkannya di dalam kertas kerja. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN