SEKITAR setahun lalu, nama pelakon Syazwan Zulkifly timbul tenggelam sehinggalah kelibatnya tidak lagi muncul menerusi drama bersiri dalam mana-mana siaran televisyen. Hanya sesekali wajahnya terselit dalam naskhah telefilem, itu pun tidak begitu disedari malah ada peminat menyangkakan kariernya sudah berkubur. Hakikatnya, setahun lalu adalah tempoh yang paling mencabar buat pelakon berusia 32 tahun itu. Dia langsung tidak menerima tawaran berlakon untuk drama bersiri dan hanya dilamar untuk membintangi telefilem dengan watak kurang menonjol. Ironi, dalam tempoh tersebut, jadual kariernya sempat dikelola oleh syarikat pengurusan MindOrder Management selama tujuh bulan sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya