KINSHASA 12 Jan. – Pakatan parti pemerintah Presiden Kongo, Joseph Kabila memenangi pilihan raya legislatif secara majoriti meskipun pemimpin pembangkang, Felix Tshisekedi menang dalam undi presiden pada hari yang sama.
Keputusan itu akan menyukar kemampuan Felix untuk mengotakan janji pilihan raya bagi memisahkan daripada era pemerintahan Joseph selama 18 tahun.
Joseph akan mengundur diri selepas 18 tahun berkuasa yang menjadikan pemindahan kuasa secara demokratik pertama Kongo setelah 59 tahun merdeka. – REUTERS










