Pahang digesa selesaikan masalah tanah pekebun Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Pahang digesa selesaikan masalah tanah pekebun Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH RATA – Kerajaan negeri Pahang digesa menyelesaikan segera kemelut pemilikan tanah yang dihadapi sebahagian besar pekebun sayur di Cameron Highlands yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, kira-kira 80 peratus daripada lebih 2,000 pekebun mengusahakan pertanian di atas tanah berstatus tanah pendudukan sementara (TOL) yang memerlukan mereka memohon pembaharuan lesen setiap tahun.

“Nasib petani ini tidak boleh diduga, mereka tidak tahu sama ada lesen TOL akan diperbaharui atau tidak. Jadi, kekangan sebegini membantutkan kemajuan pertanian sama ada untuk melabur membeli peralatan teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti mahupun mengakibatkan penghijrahan golongan muda ke bandar besar bagi peluang pekerjaan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN