Padah jual buah pinggang untuk beli iPhone - Utusan Malaysia

Padah jual buah pinggang untuk beli iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENZHOU, China – Seorang lelaki kini lumpuh dan terlantar di wad sebuah hospital mengakui menyesal mengambil keputusan menjual buah pinggang sendiri kepada satu sindiket jualan organ di China untuk memiliki peranti pintar iPhone dan iPad.

Lelaki yang dikenali sebagai Wang, 25, itu menjual buah pinggang kanannya kira-kira tujuh tahun lalu dan menerima bayaran 22,000 yuan (RM13,300). Pembeli organ membayar 160,000 yuan (RM96,500) kepada sindiket itu.

Dua pakar bedah, seorang pembantu pembedahan dan jururawat melakukan pembedahan itu di sebuah klinik haram di bandar Chenzhou, wilayah Hunan selepas Wang menyelinap keluar dari rumah keluarganya di wilayah Anhui pada 2011.

Wang sempat membeli sebuah iPhone 4 dan iPad 2 sebelum pulang ke rumah tetapi kesihatannya merosot hingga menyebabkan dia terlantar selain memerlukan penjagaan sepenuh masa.Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara antara tiga ke lima tahun ke atas anggota sindiket dan doktor terbabit pada bulan April 2012 sementara keluarga Wang menerima pampasan 1.47 juta yuan (RM890,000). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN