LONDON 18 Jan. – Bos Arsenal, Unai Emery enggan menafikan bahawa Mesut Ozil akan meninggalkan kelab itu, Januari ini. Warga Sepanyol itu, bagaimanapun, mengesahkan pemain tengah berusia 30 tahun tersebut akan berkahwin tahun ini dengan bekas ratu cantik Turki, Amine Gulse. Emery menafikan bahawa dia memberikan layanan berbeza terhadap pemain bintangnya itu berbanding pemain lain, dan sebaliknya mendedahkan Ozil dan teman wanitanya, Gulse yang berusia 25 tahun iaitu bekas ratu…










