UTUSAN Melayu mengkritik keras langkah Yang Dipertua UMNO, Datuk Onn Jaafar pergi ke London untuk memenuhi jemputan kerajaan Inggeris yang dianggap sebagai menjatuhkan maruah bangsa Melayu sehingga sanggup merangkak serta melutut untuk meminta sedekah daripada pihak penjajah. Menurut Abdul Samad Idris dalam buku 25 Tahun Merdeka (1982:88), setelah perhimpunan Agung di Kuala Kangsar meluluskan Undang-Undang Kerakyatan itu beberapa bulan kemudian, Datuk Onn telah dijemput khas pergi ke London atas undangan…










