Operasi tembak gagak, penduduk Kepong dinasihatkan berhati-hati - Utusan Malaysia

Operasi tembak gagak, penduduk Kepong dinasihatkan berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan orang ramai di beberapa kawasan di Kepong supaya berhati-hati semasa operasi menembak gagak dilaksanakan di kawasan tersebut Khamis ini (17 Januari).

Menurut DBKL dalam satu kenyataan hari ini, operasi berkenaan bermula kira-kira 5.15 petang sehingga 8 malam dan orang ramai perlu berhati-hati sewaktu berada di kawasan operasi.

Operasi ini adalah bagi mencegah daripada kekotoran najis burung gagak yang menyebabkan kekacauan dan gangguan di kawasan berkenaan, kata kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kawasan yang terlibat dengan operasi berkenaan ialah Jalan Kepong, sekitar Kepong Prima, Kepong Baharu, Jinjang, Taman Beringin, Taman Wahyu, Taman Sri Murni, Taman Mastiara dan kawasan sekitarnya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN