Op Cuci: SPRM sita wang tunai, jongkong emas dan wang tunai - Utusan Malaysia

Op Cuci: SPRM sita wang tunai, jongkong emas dan wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa barangan berharga yang dipercayai hasil daripada kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan projek bernilai RM23 juta, hari ini.

Menurut sumber, jumlah aset yang disita ialah wang tunai berjumlah lebih RM100,000, dua buah kereta jenama Mazda CX5 dan Honda CRV serta sebuah jongkong emas dengan anggaran nilai lebih RM18,000.

“Setakat ini, SPRM telah menahan 12 individu termasuk seorang pegawai kanan dan enam pegawai daripada sebuah agensi jabatan di Pahang yang terlibat dalam kes tersebut.

“Difahamkan, kegiatan itu berlaku sejak 2014 dan sepanjang tempoh empat tahun kebelakangan ini, projek-projek bawah kendalian dan seliaan agensi berkenaan dimonopoli serta dikawal beberapa kontraktor yang merupakan proksi kepada orang dalam agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penyitaan itu.

Tambah beliau, pasukan penyiasat kini dalam proses mengumpul bukti dan siasatan masih dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN