KUALA LUMPUR 24 Jan. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) melihat dakwaan bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Datuk Ahmad Tajuddin Jab bahawa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah merosakkan Kolej Vokasional adalah tidak profesional. Setiausaha Agungnya, Harry Tan berkata, sebagai seorang yang berpengalaman Ahmad Tajuddin sewajarnya berhujah dan bukannya menghentam dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. “Kini NUTP bersama menteri secara profesional sedang membantu Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan…










