MANCHESTER 25 Jan. – Jurulatih sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan Paul Pogba mempunyai kualiti untuk menjadi kapten United selepas melihat
penyerang Perancis itu telah kembali menemui sentuhannya.
Sebelum ini, bekas jurulatih United, Jose Mourinho pernah memberitahu Pogba bahawa dia tidak akan menjadi kapten pada September lalu apabila berlaku perselisihan pendapat di antara mereka berdua berhubung taktik pasukan.
Bagaimanapun, Mourinho menafikan perkara tersebut dan telah membuat keputusan untuk menjadikan Pogba sebagai penolong kapten.
Keputusan itu dibuat selepas Pogba mempersoalkan taktikal Mourinho apabila memberitahu kepada wartawan bahawa United sepatutnya ‘serang, serang, serang’.
Pogba yang sebelum ini bergelut dengan masalah prestasi pada awal musim ini, telah menjaringkan lima gol daripada enam perlawanan sejak ketibaan Solskjaer di Old Trafford
pada 19 Disember lalu.
“Saya tahu pemain itu dan dia seorang pemimpin. Dia ada karekter untuk mempengaruhi orang. Dia sentiasa mahukan kejayaan.
“Dia tahu dia tidak boleh melakukannya seorang diri. Ini permainan berpasukan dan dia ada karekter yang dilihat boleh membawa masuk banyak kebaikan terutamanya ketika dia
menikmati permainan.
“Anda lihat personalitinya. Dia sukan bola sepak. Prestasi yang bagus mempunyai kaitan dengan nilai kepimpinan yang bagus dan itu dapat dilihat ketika dia memenangi Piala Dunia. Bagi saya, ya, dia ada nilai-nilai seorang kapten,” kata Solskjaer.











