CAMERON HIGHLANDS 17 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.
Najib tiba pada pukul 12.30 tengah hari di Masjid Masjid Kampung Raja dengan disambut oleh calon BN, Ramli Mohd. Nor untuk program pertamanya hari ini.
Beliau akan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Raja diikuti santai mesra di perkampungan Orang Ali Pos Terisu.
Pada malam, Najib akan menghadiri majlis tahlil di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata. – UTUSAN ONLINE










