Najib sindir janji Pakatan Harapan - Utusan Malaysia

Najib sindir janji Pakatan Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali lagi malam tadi dengan ‘troll’ atau sindiran terhadap janji-janji yang ditawarkan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Menerusi hantaran dalam Facebook rasminya, Najib kongsikan gambar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tertera di Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan senarai janji PRU-14.

“Terus terang saya nak tanya, siapa pernah baca janji-janji seperti ditulis dalam hantaran yang saya kongsikan ini?

“Siapa lagi telah termakan janji-janji ini pada ketika itu? Tak perlu malu untuk mengaku. #MaluApaBossKu #dahlencunke,” katanya .

Tambah Najib, Kerajaan Pakatan Harapan juga telah menunaikan janji untuk memansuhkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan menjenamakan semula sebagai Awas iaitu gabungan AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

“Sebenarnya, janji untuk mansuhkan AES seperti di bawah telah ditepati.

“Cuma AES telah dijenamakan semula menjadi AWAS dan jumlah kamera telah ditambah lagi,”

sindirnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN