PUTRAJAYA 24 Jan. – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang menyediakan perlindungan takaful kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Melalui MySalam, katanya, kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.…










