KUALA LUMPUR – Bukannya hilang, rupa-rupanya tersalah naik bas sekolah. Demikian yang terjadi kepada seorang murid tahun satu pada hari kedua persekolahan Khamis lalu apabila dia tidak pulang selepas tamat sesi persekolahan pukul 6 petang. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, Fudzla Suraya Mohd. Fairul sepatutnya menaiki bas Milah 1 namun dia tersalah naik bas Milah 2. Katanya, kanak-kanak itu dihantar pulang ke rumah ibu bapanya oleh pemandu bas sekolah kira-kira pukul 8 malam pada hari yang sama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya