Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta kawasan jangkitan Rabies - Utusan Malaysia

Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta kawasan jangkitan Rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies, berkuatkuasa hari ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia susulan aduan daripada pemilik anjing bahawa dua ahli keluarganya digigit di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Disember lepas.

“Dua ahli keluarga pengadu digigit lima hari sebelum dia membuat aduan. Bagaimanapun, anjing itu telah dilupus oleh pengadu pada 3 Januari.

“Sampel otak daripada anjing tersebut telah diuji dan disahkan positif Rabies oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh pada keesokan hari,” katanya.

Quaza berkata, survelan dan persampelan telah dijalankan serta-merta di dalam lingkungan dua kilometer (km) radius dari kawasan jangkitan bagi mengetahui status penularan penyakit rabies di kawasan tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN