Muat rempuh treler rosak di tepi jalan - Utusan Malaysia

Muat rempuh treler rosak di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 22 Jan. – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah treler yang rosak di laluan motosikal di kilometer 70, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Taman Sri Api-Api dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Nursaiful Mohd. Seith beralamat di Taman Harta Ria, Parit Semerah di sini.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Benut dan sejurus tiba di lokasi kejadian terlanggar sebelah kanan treler tersebut.

“Treler berkenaan dipercayai mengalami kerosakkan pada pukul 4 petang dan didapati tidak meletakkan papan simbol segi tiga keselamatan di bahagian belakangnya.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalamai pendarahan di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang memberikan bantuan di tempat kemalangan,” katanya

dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu treler, T. Chanderan dari Kampung Panchor, Durian Tunggal, Muar tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik kenderaan yang mengalami sebarang kerosakan supaya meletakan tanda-tanda keselamatan bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×