MSU bakal miliki hospital sendiri - Utusan Malaysia

MSU bakal miliki hospital sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Jan. – Pusat Perubatan Management & Science University (MSU) bakal memiliki kemudahan hospital sendiri sekali gus menjadi mercu tanda baharu untuk bandar raya ini tidak lama lagi.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Mohd. Shukri Ab. Yajid berkata, kemudahan perubatan terkini dan canggih itu menjadi pelengkap kepada penglibatan pihaknya dalam bidang pendidikan perubatan negara.

“Selain itu, ia turut berperanan sebagai hospital pengajar kepada program perubatan MSU khususnya Fakulti Perubatan Antarabangsa bagi kemudahan latihan klinikal.

“Pusat Perubatan MSU turut bermatlamat meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat dan meningkatkan peluang untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perubatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Perubatan MSU di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor MSU, Profesor Datuk Dr. Junainah Abd. Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan MSU, Datuk Nasharuddin Shukor; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kesihatan Pusat Perubatan MSU, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim.

Antara kemudahan yang disediakan di Pusat Perubatan MSU adalah dewan bedah, unit penjagaan rapi (ICU), dewan bersalin, klinik pakar dan klinik pergigian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×