KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail kecewa dengan tuduhan melulu atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Irfan berbuat sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas permohonannya untuk berlatih di Republik Czech dan Antalya, Turki selama 85 hari dari 23 Januari hingga 17 April 2019 tidak diluluskan selain khidmat jurulatihnya, Frantisek Petrovic telah ditamatkan kontrak baru-baru ini.
“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan tersebut dan sebarang keputusan dibuat tiada kaitan dengan arahan atau pandangan Syed Saddiq,” kata Shapawi menerusi satu kenyataan rasmi MSN sebentar tadi.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia, Datuk Karim Ibrahim turut kesal dengan kenyataan Irfan ekoran beberapa permintaannya tidak dipersetujui MSN dan badan induk sukan olahraga tersebut. – K! ONLINE










